Monday, December 21, 2009

Aspek yang akan diuji dalam Bahagian D

Bahagian D Kertas 2 900/2 Pengajian Am Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia antara lain menguji kecekapan calon dalam aspek-aspek yang berikut:

- Kejelasan pemboleh ubah yang dipersembahkan.

Ini merangkumi ketepatan label paksi,unit pada paksi,data pemboleh ubah (nilai mutlak dan peratusan), dan klasifikasi sektor atau bidang serta kedudukan peratusan dalam segmen bagi carta pai.

- Kejelasan teknik melukis media (graf atau carta pai).

Ini meliputi kesesuaian bentuk media yang dipilih,kedudukan reka letak media pada kertas graf, dan letakan serta susun atur tajuk,skala,petunjuk,nisbah jejari (bagi carta pai) dan sumber.

- Ketepatan ini.

Merangkumi ketepatan maklumat di dalam tajuk,label paksi,

Aspek yang Perlu Diberi Perhatian

Calon perlu melakukan beberapa perkara berikut semasa menjawab soalan Bahagian D.

- Baca pernyataan soalan dengan teliti supaya dapat memahami kehendak soalan dan jenis teks bukan linear yang dikehendaki.

- Kenal pasti pemboleh ubah yang terlibat, sama ada mengikut tempoh atau sektor tertentu. Bentuk atau set pemboleh ubah yang wujud akan menentukan graf atau carta yang sesuai untuk dilukis.

- Sediakan jadual persediaan untuk mempamerkan data semua pemboleh ubah mengikut tempoh atau sektor tertentu.

- Baca petikan dengan teliti dan pindahkan maklumat yang berbentuk data nilai mutlak atau nilai peratusan ke dalam jadual persediaan.

- Melukiskan grafik secara sistematik pada kertas graf berpandukan maklumat dalam jadual(Pindahkan maklumat dalam jadual kepada bentuk graf atau carta).

Pengenalan Bahagian D

Bahagian D: Mengalih Bentuk Teks Linear Kepada Teks Bukan Linear

Pengenalan

- Bahagian D bertujuan menguji kebolehan calon untuk mengubah bentuk media komunikasi daripada bentuk linear, iaitu esei kepada bentuk bukan linear atau grafik.

- Bahan grafik seperti jadual,graf,graf bar dan carta pai digunakan untuk mempersembahkan sesuatu data maklumat.

- Petikan yang dikemukakan mengandungi maklumat dan pemboleh ubah yang boleh dipindahkan ke dalam bentuk teks bukan linear.

- Selain itu, bahagian ini turut menguji kebolehan calon untuk menginterprestasi data atau maklumat yang dikemukakan dalam petikan untuk dipindahkan ke dalam bentuk bukan linear.

Friday, December 11, 2009

Pengenalan Pengajan Am 2 STPM Bahagian D

Salam dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Semoga anda mendapat menafaat dan suka cita sekiranya segala kandungan blog ini dapat membantu anda.

Segala maklum balas bolehlah anda titipkan pada ruangan komen setiap post.

Semoga sama dapat menafaatnya.Terima kasih.

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -