Thursday, April 29, 2010

TEKNIK PENYOALAN PENGAJIAN AM KERTAS 2

TEKNIK PENYOALAN PENGAJIAN AM KERTAS 2


1. Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan jualan beberapa jenis kereta di Malaysia dalam tempoh yang dinyatakan.


2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar indeks harga pengguna di negara-negara ASEAN terpilih dari tahun 2000 hingga 2004.


3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan kematian akibat penyakit tidak berjangkit terpilih di Malaysia pada tahun 2000 dan 2005


4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalarn petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kes kemalangan yang berlaku dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.


5. Berdasarkan rnaklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan jumlah kes kebakaran mengikut jenis di Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004


6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan ketibaan pelancong mengikut beberapa negara asal ke Semenanjung Malaysia bagi tahun 2004 berbanding dengan tahun 2005.


7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalarn petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan import pelbagai barangan dan keperluan Malaysia daripada pelbagai haluan ada tahun 2005.


8. Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan eksport barangan Malaysia dan komponen negara pengimport barangan malaysia pada tahun 2003.


9. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan nilai indeks pengeluaran !ndustri bagi barangan pembuatan di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2006.


10. Berdasarkan maklumat yang diberikan alarn petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan bilangan kes kematian dalam kalangan pelbagai jenis penggurna jalan raya di Malaysia pada tahun 2004 berbanding tahun 2005.


11. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja mengikut kumpulan umur pada tahun 1999 dan tahun 2003.


12. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalann petikan di bawah,sediakan graf yang sesuai untuk rnenunjukkan jumlah tenaga buruh, bilangan orang yang bekerja, dan kadar pengangguran bagl tahun yang diliputi.


13. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.


14. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.

Tuesday, April 27, 2010

Graf Bar Kompaun

Graf Bar Kompaun

1. Bertujuan untuk menunjukkan perbandingan beberapa bar yang dikumpulkan dalam satu kumpulan dan jumlah setiap kumpulan dengan yang lain.

2. Mempunyai bentuk secara beriringan antara pem-boleh ubah dalam sesuatu jangka masa atau tempat.
3. Skala paksi nilai ialah secara berpusat (semuanya bermula pada titik asal '0').
4. Graf jenis ini kadangkala mempunyai dua paksi menegak (kanan dan kiri), bagaimanapun ukuran skala mestilah sama bagi kedua-duanya.

SLIDE KULIAH GRAF BAR KOMPAUN




Contoh Soalan


Berdasarkan maklumat yang dibehkan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kedudukan hutang negara mengikut sektor terpilih pada tahun 2002 dan 2003.

Dalam Belanjawan Persekutuan 2004, kerajaan meramal hutang luar akan mencatat penurunan. Keadaan ini dijangka menjamin kedudukan kewangan kekal kukuh. Ini dapat dilihat dalam kedudukan hutang beberapa sektor terpilih dalam tempoh masa 2002-2003.

Antara sektor terpilih yang mencatat kejatuhan ketara ialah Kerajaan Persekutuan. Kejatuhan nilai hutang Kerajaan Persekutuan mengatasi kedudukan PABK. Dalam tempoh ini, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka merosot dengan kadar 3.64 peratus. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2003 ialah sebanyak RM34.96 bilion. Angka ini menunjukkan RM1.32 bilion lebih rendah berbanding tahun 2002. Pada tahun 2002, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM36.28 bilion.

Kedudukan hutang pihak PABK tidak menampakkan perbezaan yang ketara. Walau bagaimanapun, jumlah hutang PABK yang tidak dijamin sebenarnya mencatat peningkatan jelas berbanding hutang PABK yang dijamin. Keseluruhannya, jumlah hutang pihak PABK pada tahun 2002 ialah sebanyak RM63.11 bilion. Angka ini dijangka menurun sebanyak 1.16 peratus atau RM0.74 bilion pada tahun 2003 menjadi RM62.37 bilion.

Sungguhpun hutang kedua-dua sektor di atas mencatat penurunan, didapati hutang sektor swasta pula mencatat pertambahan. Dalam Belanjawan 2004, kerajaan menjangka hutang pihak swasta akan terus meningkat dengan kadar 1.79 peratus antara tahun 2002-2003. Hutang sektor swasta pada tahun 2003 meningkat kepada RM53.89 bilion. Angka ini lebih RM0.95 bilion berbanding tahun 2002.

Keseluruhannya, didapati hutang negara yang merangkumi hutang jangka sederhana dan panjang serta hutang jangka pendek mencatat sedikit peningkatan. Angka ini dijangka bertambah kepada RM186.03 bilion berbanding RM185.57 bilion antara tahun 2002-2003.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003-2004, Kementerian Kewangan Malaysia)



Kehendak Soalan

1. Soalan meminta calon melukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kedudukan hutang negara mengikut sektor-sektor terpilih.

2. Dalam soalan ini, calon perlu memberi perhatian kepada fokus soalan, iaitu kedudukan hutang negara dan sektor terpilih.

3. Pemahaman calon kepada kedua-dua frasa tadi penting bukan sahaja untuk memindahkan maklumat/data, malahan bagi memilih teknik graf yang sesuai.

4. Calon yang gagal memahami perkara tersebut, mungkin memilih teknik tidak tepat.

5. Bagi calon yang tidak memahami frasa mengikut sektor terpilih, mereka mungkin memilih graf bar komponen memandangkan data-data yang diberikan memang boleh 'ditokokkan' untuk mendapatkan jumlah.

6. Namun, penggunaan frasa sektor terpilih tidak boleh 'ditokokkan' kerana ia tidak mewakili keseluruhan pemboleh ubah.

7. Oleh itu, calon harus memilih graf bar kompaun yang dapat menunjukkan kedudukan hutang mengikut sektor-sektor yang diberi secara berasingan mengikut kedua-dua tahun tersebut.

Jalan Penyelesaian

1. Graf bar kompaun dapat menggambarkan nilai hutang negara mengikut tiga sektor yang diberi bagi tahun 2002 dan 2003.

2. Seterusnya calon perlu membaca petikan dengan teliti dan memindahkan data yang diberikan ke dalam jadual, iaitu nilai hutang negara mengikut tiga sektor bagi dua tahun.

3. Sewaktu memindahkan data, calon perlu berhati-hati kerana ada sebahagian daripada data/maklumat tidak diberikan secara langsung. Sebaliknya, hanya tip yang tidak lengkap diberikan.

4. Umpamanya, data bagi nilai hutang sektor swasta tidak diberikan bagi tahun 2002. Sebaliknya, cuma data bagi tahun 2003 diberikan berserta dengan 'nilai tambahan' berbanding tahun
sebelumnya.

5. Jadi, calon perlu memahami langkah penyelesaian yang betul. Calon perlu 'menolak' nilai tambahan daripada nilai tahun 2003 bagi mendapatkan nilai sebenar tahun 2002.

Nilai tahun 2002
= Nilai 2003 - nilai tambahan
= 53.89 - 0.95
= 52.94 bilion

6. Setelah selesai memindahkan data dan membina jadual yang selengkapnya, para calon perlu memikirkan peringkat-peringkat melukis seperti:

(a) layout (c) skala
(b) paksi (d) bilangan bar


* lebar bar hendaklah sama
* jarak di antara kumpulan bar hendaklah sama
* skala sesuai
* lazimnya lebar 1 bar ialah 1 cm
* jarak di antara kumpulan bar hendaklah sama atau separuh lebar satu bar

Bagi graf bar kompaun yang biasa, iaitu berbentuk menegak (vertikal), paksi mendatar perlu mewakili pemboleh ubah masa (tahun) dan paksi menegak pula mewakili nilai (skala).

8. Kemudian, fikir dan tentukan bilangan bar, lebar bar dan jarak di antara kumpulan bar supaya ruangan pada kertas graf cukup dan sesuai. Sila perhatikan panduan di sebelah.

9. Akhimya, lukis graf bar yang sesuai mengikut data dan maklumat yang telah diperoleh sertadirancang. Setelah selesai melukis, semak ciri-ciri kesempurnaan graf seperti tajuk, label paksi,skala, petunjuk dan sumber. (Sila rujuk jawapan contoh.)

Thursday, April 15, 2010

Subtopik dan Huraian Sukatan Pelajaran

Subtopik dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahagian D,Kertas 2,Pengajian Am STPM.


Subtopik: Bentuk Teks (Teks Liner)

Huraian : Mengenal jenis teks linear

* deskriptif
* naratif
* informatif
* penghujahan
* penilaian

Tugasan:

1. Memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat.
2. Mengemukakan idea secara logik dan sistematik.
3. Menganalisis fakta dan data yang diberikan.
4. Membuat penghitungan.
5. Membuat taakulan.

Sunday, April 11, 2010

Panduan Umum Menjawab

Berikut adalah Panduan Umum menjawab soalan Bahagian D

Fahami dan ikuti langkah-langkah yang dicadangkan dalam paparan berikut, semoga ianya dapat membantu calon menjawab dengan lebih baik dan menepati kehendak soalan.

1. Untuk mengubah maklumat dalam bentuk petikan atau esei kepada bentuk grafik ataupun 'pictorial diagram' ini, calon hendaklah menguasai kemahiran mengira.

Untuk menjawab soalan bagi sesuatu petikan atau esei yang diberi, calon hendaklah memahami dengan tepat bentuk carta yang dikehendaki.

2. Misalnya, walaupun soalan menyatakan bahawa carta yang diminta ialah graf garis, namun calon harus dapat memastikan sama ada graf yang dikehendaki itu graf garis biasa atau graf garis bertindih.

Begitu juga dengan graf bar, sama ada yang diminta itu graf bar kompaun, graf bar komponen ataupun histogram.

Kesilapan memilih carta yang sesuai boleh menjejaskan pemarkahan.

3. Setelah mengenal pasti jenis carta yang sesuai, calon seterusnya perlu membuat pengiraan.

Lazimnya, ini melibatkan langkah-langkah;

- mengira jumlah
- menolak
- mencampur
- membahagi
- mendarab
- mencari peratus

Pengiraan perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelak kesilapan.

Hasil pengiraan harus dipaparkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan langkah mengubah kandungan petikan tersebut kepada bentuk carta yang diminta.

4. Seterusnya calon perlu membuat perancangan sebelum melukis carta yang telah diputuskan.

Ini bertujuan ungtuk memastikan bahawa carta yang terhasil itu bukan sahaja betul, tetapi juga kemas dan cantik.

Paparan carta juga mestilah memperlihatkan unsur estatik, maksudnya carta itu dilukis seimbang di tengah-tengah kertas graf; tidak terlalu ke tepi, terlalu ke atas, terlalu kecil, terlalu besar atau sebagainya.

Friday, April 9, 2010

Kemahiran Yang Perlu Dikuasai

Jenis kemahiran yang perlu anda kuasai untuk menjawab soalan Bahagian D kertas 2 Pengajian Am, antaranya ialah:

1. Matematik

  • Membuat pengiraan berdasarkan data dalam petikan
  • Pengiraan perlulah tepat dan lengkap

2. Menyediakan jadual
  • Jadual disediakan dengan tepat berdasarkan hasil pengiraan

3. Menentukakn graf/carta
  • Menentukan jenis graf atau carta yang sesuai dan menepati kehendak soalan.

4. Merancang kedudukan (layout)
  • Memastikan kedudukan graf atau carta dalam kertas graf adalah kemas dan teratur.
  • Graf atau carta seharusnya berada di tengah-tengah kertas graf, tidak terlalu ke atas atau ke bawah atau terlalu ke kiri atau ke kanan.

5. Teknikal
  • Tandaan tepat
  • Paksi betul
  • Tajuk jelas dan tepat
  • Petunjuk, skala dan sumber tepat dan jelas serta diletakkan pada tempat yang betul

6. Estetik
  • Kemas,bersih dan teratur
  • Lorekan jelas
  • Warna menarik dan sesuai

Aspek Pemarkahan

Aspek pemarkahan adalah meliputi perkara-perkara berikut

1. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian ini adalah 15 markah. Aspek pemarkahan yang diambil kira adalah berdasarkan pecahan berikut:

a. Ketepatan

b. Kejelasan

c. Pemboleh ubah

d. Aspek teknikal

2. Ketepatan yang dimaksudkan:

i. Ketepatan carta yang dikemukakan, iaitu carta itu menepati kehendak soalan

ii. Ketepatan pengiraan

iii. Ketepatan tandaan pada skala berdasarkan jumlah yang telah dikira dan kiraan pada skala

iv. Ketepatan dan kesesuaian tajuk dengan kandungan maklumat


3. Kejelasan dimaksudkan ialah:

i. Kejelasan carta secara keseluruhannya, iaitu carta itu dapat memperlihatkan maklumat yang terkandung dalam petikan yang diberi secara sepontan.

ii. Kejelasan catatan yang dibuat pada skala dan ukuran unit nilainya.

iii. Kejelasan pada garis-garis yang dilukis ataupun pewarnaan atau lorekan pada carta.
Warna dan lorekan yang dibuat harus mempunyai perbezaan yang jelas antara satu sama lain.


4. Pemboleh ubah dimaksudkan ialah:

i. Semua pemboleh ubah yang dipaparkan dalam carta, maksudnya tidak ada yang tertinggal atau terlebih.

ii. Tepat, tidak terkeluar daripada yang diberikan dalam petikan.

iii. Ditempatkan pada paksi yang betul, misalnya 'tahun' mestilah ditempatkan pada paksi - x dan bukan paksi - y.


5. Aspek teknikal yang dimaksudkan ialah:

i. Letakan (layout), iaitu carta itu mestilah dilukiskan di tengah-tengah kertas graf, tidak terlalu ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan.

ii. Tajuk mestilah ditulis pada bahagian atas dan tengah carta. Tajuk tidak perlu digaris. Perkataan dalam tajuk mestilah dimulai dengan huruf besar (huruf pertama sahaja). Kata hubung dan kata sendi nama seperti 'dan', 'bagi', 'dalam' dan yang seumpamanya mestilah ditulis dengan huruf kecil.

iii. Sumber mestilah dicatatkan dengan betul, iaitu pada bahagian bawah sebelah kanan carta. Sebaik-baiknya sebaris dengan baris akhir petunjuk.

iv. Petunjuk harus ditulis di bahagian bawah sebelah kiri carta. Seelok-eloknya sebaris dengan pertemuan paksi-x dan paksi-y.

v. Skala jika perlu boleh ditulis di bahagian atas petunjuk ataupun di bahagian bawah petunjuk.

vi. Lorekan haruslah sesuai dan jelas berbeza antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Begitu juga dengan pewarnaan . Gunakan warna yang lembut, misalnya hijau muda, kuning air, merah muda, biru muda dan seumpamanya. Kombinasi warna haruslah harmoni dan lebih elok sekiranya mengikut ton, iaitu bermula dengan warna yang lebih gelap (di bawah) kepada warna yang lebih lembut atau terang.

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -