Aspek pemarkahan adalah meliputi perkara-perkara berikut
1. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian ini adalah 15 markah. Aspek pemarkahan yang diambil kira adalah berdasarkan pecahan berikut:
a. Ketepatan
b. Kejelasan
c. Pemboleh ubah
d. Aspek teknikal
2. Ketepatan yang dimaksudkan:
i. Ketepatan carta yang dikemukakan, iaitu carta itu menepati kehendak soalan
ii. Ketepatan pengiraan
iii. Ketepatan tandaan pada skala berdasarkan jumlah yang telah dikira dan kiraan pada skala
iv. Ketepatan dan kesesuaian tajuk dengan kandungan maklumat
3. Kejelasan dimaksudkan ialah:
i. Kejelasan carta secara keseluruhannya, iaitu carta itu dapat memperlihatkan maklumat yang terkandung dalam petikan yang diberi secara sepontan.
ii. Kejelasan catatan yang dibuat pada skala dan ukuran unit nilainya.
iii. Kejelasan pada garis-garis yang dilukis ataupun pewarnaan atau lorekan pada carta.
Warna dan lorekan yang dibuat harus mempunyai perbezaan yang jelas antara satu sama lain.
4. Pemboleh ubah dimaksudkan ialah:
i. Semua pemboleh ubah yang dipaparkan dalam carta, maksudnya tidak ada yang tertinggal atau terlebih.
ii. Tepat, tidak terkeluar daripada yang diberikan dalam petikan.
iii. Ditempatkan pada paksi yang betul, misalnya 'tahun' mestilah ditempatkan pada paksi - x dan bukan paksi - y.
5. Aspek teknikal yang dimaksudkan ialah:
i. Letakan (layout), iaitu carta itu mestilah dilukiskan di tengah-tengah kertas graf, tidak terlalu ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan.
ii. Tajuk mestilah ditulis pada bahagian atas dan tengah carta. Tajuk tidak perlu digaris. Perkataan dalam tajuk mestilah dimulai dengan huruf besar (huruf pertama sahaja). Kata hubung dan kata sendi nama seperti 'dan', 'bagi', 'dalam' dan yang seumpamanya mestilah ditulis dengan huruf kecil.
iii. Sumber mestilah dicatatkan dengan betul, iaitu pada bahagian bawah sebelah kanan carta. Sebaik-baiknya sebaris dengan baris akhir petunjuk.
iv. Petunjuk harus ditulis di bahagian bawah sebelah kiri carta. Seelok-eloknya sebaris dengan pertemuan paksi-x dan paksi-y.
v. Skala jika perlu boleh ditulis di bahagian atas petunjuk ataupun di bahagian bawah petunjuk.
vi. Lorekan haruslah sesuai dan jelas berbeza antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Begitu juga dengan pewarnaan . Gunakan warna yang lembut, misalnya hijau muda, kuning air, merah muda, biru muda dan seumpamanya. Kombinasi warna haruslah harmoni dan lebih elok sekiranya mengikut ton, iaitu bermula dengan warna yang lebih gelap (di bawah) kepada warna yang lebih lembut atau terang.
No comments:
Post a Comment