Tuesday, April 27, 2010

Graf Bar Kompaun

Graf Bar Kompaun

1. Bertujuan untuk menunjukkan perbandingan beberapa bar yang dikumpulkan dalam satu kumpulan dan jumlah setiap kumpulan dengan yang lain.

2. Mempunyai bentuk secara beriringan antara pem-boleh ubah dalam sesuatu jangka masa atau tempat.
3. Skala paksi nilai ialah secara berpusat (semuanya bermula pada titik asal '0').
4. Graf jenis ini kadangkala mempunyai dua paksi menegak (kanan dan kiri), bagaimanapun ukuran skala mestilah sama bagi kedua-duanya.

SLIDE KULIAH GRAF BAR KOMPAUN




Contoh Soalan


Berdasarkan maklumat yang dibehkan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kedudukan hutang negara mengikut sektor terpilih pada tahun 2002 dan 2003.

Dalam Belanjawan Persekutuan 2004, kerajaan meramal hutang luar akan mencatat penurunan. Keadaan ini dijangka menjamin kedudukan kewangan kekal kukuh. Ini dapat dilihat dalam kedudukan hutang beberapa sektor terpilih dalam tempoh masa 2002-2003.

Antara sektor terpilih yang mencatat kejatuhan ketara ialah Kerajaan Persekutuan. Kejatuhan nilai hutang Kerajaan Persekutuan mengatasi kedudukan PABK. Dalam tempoh ini, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka merosot dengan kadar 3.64 peratus. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2003 ialah sebanyak RM34.96 bilion. Angka ini menunjukkan RM1.32 bilion lebih rendah berbanding tahun 2002. Pada tahun 2002, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM36.28 bilion.

Kedudukan hutang pihak PABK tidak menampakkan perbezaan yang ketara. Walau bagaimanapun, jumlah hutang PABK yang tidak dijamin sebenarnya mencatat peningkatan jelas berbanding hutang PABK yang dijamin. Keseluruhannya, jumlah hutang pihak PABK pada tahun 2002 ialah sebanyak RM63.11 bilion. Angka ini dijangka menurun sebanyak 1.16 peratus atau RM0.74 bilion pada tahun 2003 menjadi RM62.37 bilion.

Sungguhpun hutang kedua-dua sektor di atas mencatat penurunan, didapati hutang sektor swasta pula mencatat pertambahan. Dalam Belanjawan 2004, kerajaan menjangka hutang pihak swasta akan terus meningkat dengan kadar 1.79 peratus antara tahun 2002-2003. Hutang sektor swasta pada tahun 2003 meningkat kepada RM53.89 bilion. Angka ini lebih RM0.95 bilion berbanding tahun 2002.

Keseluruhannya, didapati hutang negara yang merangkumi hutang jangka sederhana dan panjang serta hutang jangka pendek mencatat sedikit peningkatan. Angka ini dijangka bertambah kepada RM186.03 bilion berbanding RM185.57 bilion antara tahun 2002-2003.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003-2004, Kementerian Kewangan Malaysia)



Kehendak Soalan

1. Soalan meminta calon melukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kedudukan hutang negara mengikut sektor-sektor terpilih.

2. Dalam soalan ini, calon perlu memberi perhatian kepada fokus soalan, iaitu kedudukan hutang negara dan sektor terpilih.

3. Pemahaman calon kepada kedua-dua frasa tadi penting bukan sahaja untuk memindahkan maklumat/data, malahan bagi memilih teknik graf yang sesuai.

4. Calon yang gagal memahami perkara tersebut, mungkin memilih teknik tidak tepat.

5. Bagi calon yang tidak memahami frasa mengikut sektor terpilih, mereka mungkin memilih graf bar komponen memandangkan data-data yang diberikan memang boleh 'ditokokkan' untuk mendapatkan jumlah.

6. Namun, penggunaan frasa sektor terpilih tidak boleh 'ditokokkan' kerana ia tidak mewakili keseluruhan pemboleh ubah.

7. Oleh itu, calon harus memilih graf bar kompaun yang dapat menunjukkan kedudukan hutang mengikut sektor-sektor yang diberi secara berasingan mengikut kedua-dua tahun tersebut.

Jalan Penyelesaian

1. Graf bar kompaun dapat menggambarkan nilai hutang negara mengikut tiga sektor yang diberi bagi tahun 2002 dan 2003.

2. Seterusnya calon perlu membaca petikan dengan teliti dan memindahkan data yang diberikan ke dalam jadual, iaitu nilai hutang negara mengikut tiga sektor bagi dua tahun.

3. Sewaktu memindahkan data, calon perlu berhati-hati kerana ada sebahagian daripada data/maklumat tidak diberikan secara langsung. Sebaliknya, hanya tip yang tidak lengkap diberikan.

4. Umpamanya, data bagi nilai hutang sektor swasta tidak diberikan bagi tahun 2002. Sebaliknya, cuma data bagi tahun 2003 diberikan berserta dengan 'nilai tambahan' berbanding tahun
sebelumnya.

5. Jadi, calon perlu memahami langkah penyelesaian yang betul. Calon perlu 'menolak' nilai tambahan daripada nilai tahun 2003 bagi mendapatkan nilai sebenar tahun 2002.

Nilai tahun 2002
= Nilai 2003 - nilai tambahan
= 53.89 - 0.95
= 52.94 bilion

6. Setelah selesai memindahkan data dan membina jadual yang selengkapnya, para calon perlu memikirkan peringkat-peringkat melukis seperti:

(a) layout (c) skala
(b) paksi (d) bilangan bar


* lebar bar hendaklah sama
* jarak di antara kumpulan bar hendaklah sama
* skala sesuai
* lazimnya lebar 1 bar ialah 1 cm
* jarak di antara kumpulan bar hendaklah sama atau separuh lebar satu bar

Bagi graf bar kompaun yang biasa, iaitu berbentuk menegak (vertikal), paksi mendatar perlu mewakili pemboleh ubah masa (tahun) dan paksi menegak pula mewakili nilai (skala).

8. Kemudian, fikir dan tentukan bilangan bar, lebar bar dan jarak di antara kumpulan bar supaya ruangan pada kertas graf cukup dan sesuai. Sila perhatikan panduan di sebelah.

9. Akhimya, lukis graf bar yang sesuai mengikut data dan maklumat yang telah diperoleh sertadirancang. Setelah selesai melukis, semak ciri-ciri kesempurnaan graf seperti tajuk, label paksi,skala, petunjuk dan sumber. (Sila rujuk jawapan contoh.)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -