Sunday, April 11, 2010

Panduan Umum Menjawab

Berikut adalah Panduan Umum menjawab soalan Bahagian D

Fahami dan ikuti langkah-langkah yang dicadangkan dalam paparan berikut, semoga ianya dapat membantu calon menjawab dengan lebih baik dan menepati kehendak soalan.

1. Untuk mengubah maklumat dalam bentuk petikan atau esei kepada bentuk grafik ataupun 'pictorial diagram' ini, calon hendaklah menguasai kemahiran mengira.

Untuk menjawab soalan bagi sesuatu petikan atau esei yang diberi, calon hendaklah memahami dengan tepat bentuk carta yang dikehendaki.

2. Misalnya, walaupun soalan menyatakan bahawa carta yang diminta ialah graf garis, namun calon harus dapat memastikan sama ada graf yang dikehendaki itu graf garis biasa atau graf garis bertindih.

Begitu juga dengan graf bar, sama ada yang diminta itu graf bar kompaun, graf bar komponen ataupun histogram.

Kesilapan memilih carta yang sesuai boleh menjejaskan pemarkahan.

3. Setelah mengenal pasti jenis carta yang sesuai, calon seterusnya perlu membuat pengiraan.

Lazimnya, ini melibatkan langkah-langkah;

- mengira jumlah
- menolak
- mencampur
- membahagi
- mendarab
- mencari peratus

Pengiraan perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelak kesilapan.

Hasil pengiraan harus dipaparkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan langkah mengubah kandungan petikan tersebut kepada bentuk carta yang diminta.

4. Seterusnya calon perlu membuat perancangan sebelum melukis carta yang telah diputuskan.

Ini bertujuan ungtuk memastikan bahawa carta yang terhasil itu bukan sahaja betul, tetapi juga kemas dan cantik.

Paparan carta juga mestilah memperlihatkan unsur estatik, maksudnya carta itu dilukis seimbang di tengah-tengah kertas graf; tidak terlalu ke tepi, terlalu ke atas, terlalu kecil, terlalu besar atau sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -