Monday, May 31, 2010

Jadual: Praktis 1

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan satu jadual untuk menunjukkan jumlah peruntukan pembangunan kemudahan asas mengikut jenis bagi Rancangan Malaysia Kelima hingga Rancangan Malaysia Kesembilan.



Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik untuk keselesaan rakyat sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh UNESCO, Pertubuhan Bangsa¬bangsa Bersatu, penduduk Malaysia merupakan golongan yang beruntung kerana kemudahan asas yang disediakan di negara ini adalah yang terbaik dalam kalangan negara ASEAN.

Di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5), kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM824 juta untuk pembangunan kemudahan asas. Daripada jumlah tersebut, peruntukan bagi bekalan elektrik ialah RM530.7 juta atau 64.41%. Ketika itu, kebanyakan penduduk luar bandar masih menggunakan lilin dan pelita pada waktu malam. Sementara itu, RM133.8 juta daripada jumlah peruntukan di bawah RMK-5 adalah untuk menyediakan kemudahan telekomunikasi di lokasi yang strategik. Peruntukan selebihnya, iaitu 18.18% daripada jumlah peruntukan di bawah RMK-5, disalurkan bagi tujuan penyediaan bekalan air, manakala peruntukan bagi penyediaan telefon awam ialah RM9.7 juta.

Jumlah peruntukan bagi kemudahan asas telah meningkat kepada RM1071.6 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) dan terus meningkat di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) yang memperuntukkan RM1945.7 juta. Penambahan peruntukan ini bertujuan memperluas kemudahan asas ke kawasan luar bandar.

Di bawah RMK-6, bekalan elektrik mendapat peruntukan sebanyak RM634 juta berbanding dengan peruntukan sebanyak RM886.2 juta di bawah RMK¬7. Kerja pembetungan telah mula dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM12.5 juta di bawah RMK-6. Kemudahan
telekomunikasi pula menerima peruntukan sebanyak RM222.7 juta, manakala peruntukan kemudahan telefon awam ialah RM14.9 juta.

Di bawah RMK-7, kawasan kampung dan kawasan perumahan baru telah dibekalkan dengan kemudahan air dan telekomunikasi. Hal ini menyebabkan peruntukan bagi kemudahan telekomunikasi dan bekalan air meningkat, iaitu masing-masing kepada RM680 juta dan RM208.7 juta. Sementara itu, peruntukan bagi kerja pembetungan ialah RM49.8 juta, manakala peruntukan kemudahan telefon awam ialah RM121 juta.

Peruntukan bekalan air di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ialah RM392.4 juta berbanding dengan RM287.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Peruntukan kemudahan telekomunikasi pula telah meningkat kepada RM759.5 juta, manakala peruntukan kemudahan telefon awam ialah RM140.4 juta di bawah RMK-8. Sementara itu, peruntukan bekalan elektrik pula ialah RM998.3 juta, manakala peruntukan bagi kerja pembetungan meningkat dengan ketara kepada RM199.8 juta.

Menjelang RMK-9, kerajaan mensasarkan peruntukan kemudahan bekalan elektrik dan air kepada semua rakyat. Oleh itu, di bawah RMK¬9, peruntukan bekalan elektrik telah meningkat kepada RM1012.8 juta. Sementara itu, kerajaan memperuntukkan RM230.3 juta bagi kemudahan telefon awam, manakala peruntukan bagi kerja pembetungan ialah RM322.2 juta. Peruntukan kemudahan telekomunikasi pula meningkat sebanyak RM127.8 juta berbanding dengan RMK-8.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Anggaran Belanjawan 2006)



____________________________________________________

Jawapan : Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -