Monday, May 31, 2010

Jadual: Praktis 5

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan satu jadual untuk menunjukkan jumlah tenaga buruh, bilangan yang bekerja dan kadar pengangguran bagi tahun 2001 hingga anggaran 2006.

Masalah pengangguran wujud di sesebuah negara akibat daripada kekurangan penawaran sesuatu pekerjaan berbanding dengan permintaannya. Pada tahun 2001, tenaga buruh berjumlah 9 699.8 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, bilangan orang yang bekerja ialah seramai 9 341.1 ribu orang, manakala bilangan yang menganggur berjumlah 358.4 ribu orang dengan kadar penganggurannya sebanyak 3.70%.

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran menurun dengan ketara sebanyak 0.22% apabila jumlah orang yang bekerja seramai 9542.1 ribu orang daripada sejumlah 9 886.2 ribu orang tenaga buruh pada tahun 2002.

Pada tahun 2003 pula, bilangan orang yang bekerja bertambah sebanyak 324.6 ribu orang berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala jumlah tenaga buruh pada tahun ini berjumlah 10239.6 ribu orang. Pertambahan jumlah orang yang bekerja ini menyebabkan kadar pengangguran masih rendah pada paras 3.64%.

Sungguhpun bilangan orang yang bekerja semakin bertambah hampir 3.6% menjadi 10 222.0 ribu orang pada tahun 2004, namun bilangan penganggur hampir tidak berubah, iaitu dengan jumlah 365.7 ribu orang. Bilangan penganggur yang stabil ini menyebabkan kadar pengangguran menurun dengan agak perlahan kepada 3.45%.

Seterusnya, pada tahun 2005, jumlah tenaga buruh adalah seramai 10 926.6 ribu orang dan dianggarkan meningkat ke paras 11 278.2 ribu orang pada tahun 2006, manakala bilangan yang menganggur masing-masing berjumlah 379.1 ribu orang dan 402.9 ribu orang. Begitu juga bagi bilangan orang yang bekerja memperlihatkan pertambahan sebanyak 325.5 ribu orang pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004 dan dengan kadar penganggurannya 3.45%. Pada tahun 2006, dianggarkan bilangan orang yang bekerja ialah 10875.3 ribu orang manakala kadar penganggurannya dijangka meningkat sebanyak 0.12% berbanding dengan tahun 2005.


(Disesuaikan daripada Laporan Perangkaan, 2005 dan 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -