Monday, May 17, 2010

Kuliah 1


BAHAGIAN D: Mengalih Teks Linear kepada Teks Bukan Linear


Pengenalan Bahagian D

1 Bahagian D bertujuan menguji kebolehan calon untuk mengubah bentuk media komunikasi daripada bentuk linear, iaitu esei kepada bentuk bukan linear atau bahan grafik.
2 Bahan grafik seperti jadual, graf garis, graf bar dan carta pai digunakan untuk mempersembahkan sesuatu data atau maklumat.
3 Petikan yang dikemukakan mengandungi maklumat dan pemboleh ubah yang boleh dipindahkan ke dalam
bentuk teks bukan linear.
4 Selain itu, bahagian ini turut menguji kebolehan calon untuk menginterpretasi data atau maklumat yang dikemukakan dalam petikan untuk dipindahkan ke dalam bentuk teks bukan linear.


Langkah-langkah Menjawab Soalan Bahagian D

1 Calon hendaklah membaca penyataan soalan dengan teliti supaya dapat memahami kehendak soalan dan jenis teks bukan linear yang dikehendaki.
2 Kenal pasti pemboleh ubah yang terlibat, sama ada mengikut tempoh atau sektor tertentu. Bentuk atau set pemboleh ubah yang wujud akan menentukan jenis graf atau carta yang sesuai dilukis.
3 Sediakan jadual persediaan untuk mempamerkan data semua pemboleh ubah mengikut tempoh atau sektor tertentu.
4 Baca petikan dengan teliti dan pindahkan maklumat yang berbentuk data nilai mutlak atau nilai peratusan ke
dalam jadual persediaan.
5 Kemudian, pindahkan maklumat dalam jadual ke dalam kertas graf.


Aspek yang akan Diuji Dalam Bahagian D

1 Kejelasan pemboleh ubah yang dipersembahkan - merangkumi ketepatan label paksi, unit pada paksi, data pemboleh ubah (nilai mutlak atau nilai peratusan); dan klasifikasi sektor atau bidang serta kedudukan peratusan dalam segmen bagi carta pai
2 Kejelasan teknik melukis media (graf atau carta pa i) - meliputi kesesuaian bentuk media yang dipilih, kedudukan reka letak media pada kertas graf, dan letakan serta susun atur tajuk, skala, petunjuk, nisbah jejari . (bagi carta pai) dan sumber
3 Ketepatan isi - merangkumi ketepatan maklumat di dalam tajuk, label paksi, data yang dipindahkan, skala,
petunjuk dan sumber
4 Kejelasan secara keseluruhan - meliputi semua aspek yang telah dinyatakan di atas



Maklumat Tambahan

1. Kemahiran yang paling asas dalam bahagian ini ialah keupayaan calon menentukan media yang paling sesuai.
2. Aspek yang diambil kira dalam pemarkahan ialah pengelasan angkubah, kesesuaian media/teknik, ketepatan isi dan kesempurnaan rajah.
3. Kelemahan calon dalam Bahagian D ialah:

(a) pemilihan media/teknik tidak tepat atau kurang sesuai
(b) kedudukan dan 'layout' tidak sesuai
(c) tidak cukup maklumat seperti tajuk, petunjuk-petunjuk atau nilai yang tepat, skala dan sumber
(d) tidak menyertakan jadual penyediaan (e) pemindahan data tidak tepat
(f) kerja tidak kemas dan tidak lengkap.



Pemarkahan Bahagian D
Pengkelasan Angkubah - 4 markah
Teknik melukis - 4 markah
Ketepatan isi - 4 markah
Kejelasan Grafik - 3 markah

Jumlah 15 markah


Markah Dipotong Jika:
1. Salah media
2. Tiada label
3. Tiada peratus atau angka atau tahun
4. Tiada nilai atau jumlah besar bagi carta pai
5. Tidak menulis tajuk
6. Tidak memasukkan skala
7. Tiada petunjuk atau salah bilangan petunjuk
8. Tiada sumber atau sumber tidak lengkap
9. Paksi yang dilukis lebih tinggi daripada tajuk media
10. Tidak menulis % bagi carta pai


Contoh soalan:


Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan pinjaman ya telah dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia bagi Rancang Malaysia Kelapan (2001-2005).

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), perminta kredit pada keseluruhannya tetap teguh walaupun kegiatan ekonomi sem perlahan. Pinjaman yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan telah disalurkan terutamanya kepa sektor yang terdiri daripada pembangunan hartanah, pembinaan, dan pinjaman perseorangan.

Pada akhir Rancangan Malaysia Kelapan, jumlah kredit yang diberik oleh bank kepada sektor hartanah adalah sebanyak RM10,325 ju berbanding dengan jumlah tahun-tahun sebelumnya sebanyak RM8,708 juta (2004), RM6,402 juta (2003), RM4,809 juta (2002), dan RM3,624 juta (2001).

Pertambahan kredit oleh bank kepada sektor hartanah boleh dikatak berkait rapat dengan permintaan terhadap rumah-rumah kediaman. Pinjaman perumahan juga terus meningkat daripada RM3,645 juta pada awal Rancangan Malaysia Kelapan kepada RM4,570 juta (2002), RM5,440 ju (2003), dan RM6,672 juta (2004). Pada tahun akhir Rancangan Malaysia Kelapan, jumlah pinjaman perumahan ini telah meningkat 21.9% daripada jumlah tahun sebelumnya.

Bagi memajukan sektor hartanah lagi, bank juga menambah jumlah kredit kepada sektor pembinaan. Pinjaman untuk sektor ini telah bertambah lebih daripada 100% pada akhir Rancangan Malaysia Kelapan jika dibandingkan dengan jumlah pada awal rancangan tersebut. Jumlah pinjaman yang diberikan oleh bank kepada sektor ini dalam Rancangan Malaysia Kelapan ialah RM2,155 juta (2001), RM2,440 juta (2002), RM3,158 juta (2003), RM4,016 juta (2004), dan RM4,524 juta (2005).

Sektor pembuatan ialah sektor yang mendapat kemudahan kredit paling tinggi daripada bank-bank pada peringkat awal Rancangan Malaysia Kelapan, iaitu RM6,990 juta (21.5%) bagi tahun 2001. Jumlah ini terus meningkat kepada RM7,290 juta (19.1%) pada tahun 2002, dan RM8,822 juta (18.4%) pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, pada dua tahun terakhir Rancangan Malaysia Kelapan, peratusan kredit bank kepada sektor ini terus merosot kepada 16% dan 15.2% daripada jumlah kredit RM57,917 juta dan RM65,990 juta yang dikeluarkan oleh bank-bank bagi tahun-tahun 2004 dan 2005. Jumlah pinjaman pada tahun-tahun 2001, 2002, dan 2003 berjumlah RM32,490 juta, RM38,139 juta, dan RM47 ,911 juta.

Sektor perdagangan am, yang menduduki tangga kedua selepas sektor pembuatan dari segi jumlah kredit yang diberikan oleh bank pada tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kelapan, telah menduduki tangga teratas pada tahun 2004 dengan pinjaman berjumlah RM9,347 juta. Dari segi kedudukan jumlah pinjaman yang diberikan oleh bank pada tahun 2005, sektor ini jatuh kembali ke tangga kedua dengan jumlah kredit RM10,134 juta. Dari tahun 2001 hingga tahun 2003, sektor ini memperoleh kredit berjumlah RM6,320 juta, RM6,916 juta, dan RM8,195 juta.

Bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan pertanian, bank juga terus memberikan bantuan kredit kepada sektor ini dalam Rancangan Malaysia Kelapan, iaitu RM2,454 juta, RM2,778 juta, RM3,215 juta, RM3,560 juta, dan RM3,793 juta dari tahun 2001 hingga tahun 2005. Jumlah kredit itu jelas menunjukkan sektor pertanian menjadi asas kepada pembangunan negara ini

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005)

No comments:

Post a Comment

Kuliah Graf Bar Kompaun

Sukatan Pelajaran Pengajian Am


Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -